Sanggupkah anda menerima faedah, hasil perjuangan dan keringat orang lain?

Sekiranya anda masih belum menjadi ahli!!

SERTAILAH SEKARANG !!!

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"

 

 

 

 

KUASA ANGGOTA AGENSI PENGUAT KUASA PERLU DIPERLUAS - CUEPACS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan memperluaskan kuasa agensi penguat kuasa bagi membolehkan anggotanya menjalankan tugas dengan lebih berkesan selain membela nasib mereka.


Presidennya Datuk Azih Muda berkata Jabatan Peguam Negara perlu menyemak semula undang-undang sedia ada bagi meningkatkan lagi kuasa anggota penguat kuasa. Azih berkata pihaknya mendapati undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk mempertahankan keselamatan anggota ketika mereka menjalankan tugas yang boleh mendatangkan risiko kepada nyawa mereka.