Visi & Misi

MATLAMAT

Memimpin kesatuan sekerja sektor awam dalam perjuangan untuk ahli-ahli dan memastikan keadaan pekerjaan yang munasabah bagi setiap ahli.

Bertindak bagi mewujudkan pergerakan kesatuan sekerja yang kukuh dan bebas di mana semua pekerja menikmati perlindungan menyeluruh, maruah, keselamatan pekerjaan, taraf hidup yang lebih baik, keadaan tempat kerja yang selamat, perubatan lebih baik dan faedah-faedah persaraan lebih baik.

OBJEKTIF PERJUANGAN

- Mengorganisasikan pekerja dalam perkhidmatan Perkeranian dan Pentadbiran Kerajaan.

- Meningkatkan taraf hidup ahli.

- Melindungi ahli-ahli daripada dieksploitasikan, ditindas, dianayai oleh majikan.

- Mewujudkan perpaduan di antara pekerja dan pengurusan.

- Bertanggungjawab menyediakan forum perjumpaan bagi membincang isu-isu ahli untuk mengambil tindakan secara kolektif.

- Mengamalkan konsep perpaduan dan penyatuan semua pekerja dan membina kekuatan kesatuan sekerja dalam negara.

- Bertanggungjawab melatih, mendidik ahli-ahli untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan ahli dalam kesatuan sekerja melalui program pendidikan.

- Menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial untuk merapatkan silatulrahim di antara ahli-ahli.

FAEDAH KEAHLIAN

-enuntut tangga gaji dan terma-terma perkhidmatan yang berpatutan dan adil bagi ahli-ahli. Mempastikan keselamatan pekerjaan, waktu kerja yang berpatutan dan kondisi kerja yang baik.Memberi nasihat dan bantuan kepada ahli yang menghadapi masalah dan rungutan berhubung dengan diskriminasi dan penganiayaan di tempat kerja. Memberi nasihat dan kaunseling Melindungi hak-hak dan kemudahan-kemudahan ahli.

Bantuan biasiswa kepada anak ahli.

Menyediakan Faedah Persaraan.

Khairat Kematian - sumbangan kewangan kepada pewaris ahli.

FAEDAH UNTUK PEKERJA

AUEGCAS juga memainkan peranan aktif dari segi memberi sokongan dalam menentukan hak bagi setiap pekerja menikmati peluang pekerjaan, keselamatan sosial yang terjamin, dan taraf hidup lebih baik, serta berganding bahu dalam pembangunan amalan demokrasi berkesatuan yang bebas dan mantap dalam negara dan luar negara.