Sanggupkah anda menerima faedah, hasil perjuangan dan keringat orang lain?

Sekiranya anda masih belum menjadi ahli!!

SERTAILAH SEKARANG !!!

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"


(DARI 1963 HINGGA KINI)

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1963, AUEGCAS telah memperjuangkan beberapa isu dalam perkhidmatan perkeranian dan pentadbiran. Di antara isu-isu tersebut ialah:

1. Pada tahun 1964, AUEGCAS membuat tuntutan perubahan gaji untuk perkhidmatan kerani dan gred-gred bersekutu dan telah mengadakan beberapa tindakan dan tuntutan tersebut telah berjaya.

2. Piket pertama telah diadakan di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur untuk mendapatkan tuntutan elaun rumah dan tuntutan tersebut telah berjaya diperolehi.

3. Perjuangan menentang penamatan perkhidmatan Kerani Sementara, Operator Mesin, Jurutaip seramai 5,000 pada tahun 1965 hingga 1972 dengan reprensentasi, rapat umum, piket telah berhasil. Semuanya telah diserapkan ke jawatan tetap.

4. Telah menuntut penghapusan Sistem Gred yang diperkenalkan oleh Laporan Gaji Suffian dan berjaya digantikan dengan Tangga Gaji Biasa.

5. Berjaya mendapatkan pelarasan gaji bagi Kerani Kanan pada tahun 1975 dan kemudian digabungkan dengan gred yang lebih tinggi pada tahun 1989.

6. Pada tahun 1975 hingga 1980 telah memperjuangkan perubahan gaji bagi perkhidmatan Operator Telefon dan Jurutaip.

7. Tuntutan penyerapan Kerani Rendah yang telah dilantik sebelum tahun 1976  dinaikkan taraf kepada jawatan Pegawai Kerani telah dicapai pada tahun 1985. 

8. Perjuangan  pada tahun 1976 menuntut pariti gaji kerani dengan gred-gred lain di sektor awam juga telah berjaya.

9. Antara tahun 1975 hingga 1989, AUEGCAS membuat tuntutan, berunding dan juga membangkitkan 22 isu di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam. Berjaya diselesaikan hampir kesemuanya tuntutan yang dikemukakan.

Isu yang dibangkitkan termasuklah isu perkhidmatan Kerani Penyambut, Operator Telefon, Status Tetap bagi mereka yang gagal peperiksaan percubaan, Penyerapan Kerani Rendah yang gagal masuk ke jawatan Kerani secara pelantikan dan beberapa kes kumpulan dan individu yang berkenaan.tuntutan dalam penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya mendapat pelarasan dan peningkatan gaji yang berpatutan tanpa diskriminasi dalam kumpulan sokongan pada tahun 2003.