Sanggupkah anda menerima faedah, hasil perjuangan dan keringat orang lain?

Sekiranya anda masih belum menjadi ahli!!

SERTAILAH SEKARANG !!!

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"

 

PERUTUSAN PRESIDEN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada AUEGCAS yang telah merealisasikan laman web baru dengan melangkah kearah matlamat sebagai salah satu saluran maklumat rasmi. Laman Web ini diwujudkan adalah untuk bertujuan memudahkan penyebaran maklumat yang konsisten kepada ahli dan bukan ahli. Ini juga dapat membina dan memelihara hubungan yang baik sesama ahli AUEGCAS. Maklumat yang boleh diperolehi dari laman web ini meliputi maklumat korporat, organisasi, sejarah perjuangan, visi dan misi kesatuan seperti Borang Keahlian, Faedah Kematian, Biasiswa, Persaraan dan lain-lain juga disediakan bagi memudahkan ahli / bukan ahli berurusan tanpa perlu hadir ke pejabat. Saya juga mengalu-alukan cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan. Akhir kata, saya berharap laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan AUEGCAS.

Sekian, terima kasih

MOHD. AMIDI BIN RAJAB @ ABDUL RAZAK

Presiden .